Berpaling dari ALLAH swt ketika turunnya takdir adalah kematian agama, kematian tauhid, kematian tawakkal dan kematian keikhlasan.
Hati orang mukmin itu tidak mengetahui mengapa dan bagaimana hendak melayan kehendak nafsunya. Bahkan ia mengatakan "Ya, seluruh nafsu itu perlu dimusuhi dan dilawan."
Barangsiapa yang mahu memperbaiki dirinya hendaklah ia memeranginya sehingga ia aman dari keburukan nafsu kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan.
Firman ALLAH :-
"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu."
(Al Fajr: 27-30)
Nafsu itu dapat meningkat, hilang keburukannya dan tidak dapat mempengaruhi makhluk. Hal ini telah berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s di mana beliau telah keluar dari hawa nafsunya dan hidup tanpa dihasut oleh hawa nafsu kepada kejahatan.
Sedang hatinya tenang, datanglah kepadanya bermacam-macam makhluk dan mereka menawarkan kepadanya untuk menolongnya. Beliau menjawab:
"Saya tidak ingin pertolonganmu sekalian, Dia (Allah) mengetahui keadaanku, di mana Dia tidak mahu untuk bertanya kepadaku.."
Oleh kerana benar penyerahan dan tawakkalnya maka Allah katakan kepada api:
"Hai api, menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim"
(Al Anbiya: 69)
Bersabarlah sesaat bersama-Nya, dan anda sekalian telah melihat kelemah-lembutan-Nya dan Dia memberi kenikmatan bertahun-tahun.
Keberanian adalah sabar sesaat. Allah berfirman dan bermaksud:-
"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
(Al Baqarah: 153)
Bersabarlah bersama-Nya, jagalah untuk-Nya dan jangan lalai kepada-Nya. Janganlah kamu jaga setelah mati, kerana jaga pada waktu itu tidak bermanfaaf lagi bagimu.
Jagalah untuk-Nya sebelum bertemu dengan-Nya. Jagalah sebelum kamu dituntut tanpa perintahmu dan kamu menyesal pada waktu sesal tidak berguna bagimu dan perbaikilah hatimu kerana apabila hati itu baik maka baiklah seluruh keadaanmu. Oleh itu Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud:-
"Di dalam diri anak Adam (manusia) terdapat segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila segumpal darah itu rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah itulah hati."
(Al hadis)
Baiknya hati itu dengan taqwa dan tawakkal kepada Allah swt, mengesakan-Nya dan ikhlas dalam beramal. Sedang rosaknya hati adalah dengan tidak adanya hal-hal itu. Hati adalah seperti burung di dalam sangkar dan seperti permata yang benar-benar sempurna di dalam almari yang diperhitungkan burungnya bukan sangkarnya, permatanya bukan cepu (bekas)nya dan harta bukan almarinya.
Jika kamu menginginkan Allah swt bagimu maka sibuklah dengan mentaati-Nya, sabar bersama-Nya dan redha kepada perbuatan-perbuatan-Nya terhadap dirimu.
Mereka disibukkan oleh penjagaan hati kerana mereka tidur di pintu Raja, mereka menempati di makam dakwah. Mereka mengajak makhluk kepada makrifat Allah. Mereka sentiasa mengajak hati dengan mengatakan,
"Wahai hati, wahai roh,wahai manusia, wahai jin dan wahai orang-orang yang menginginkan Maha Raja,marilah ke pintu Maha Raja bersegeralah kepada-Nya dengan tapak kaki hatimu, tapak kaki taqwamu, tauhidmu, makrifatmu dan warakmu yang tinggi dan zuhud di dunia dan akhirat dan apa selain Tuhan."
Allah swt mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Dia mengeluarkan Ibrahim a.s dari kedua orang tuanya yang mati dengan kafir sedang orang mukmin itu hidup dan orang kafir itu mati.
Orang yang mengesakan Allah itu hidup sedang orang yang mensekutukan Allah itu mati. Oleh kerana itu Allah berfirman dalam sebahagian firman-Nya yang bermaksud:-
"Yang pertama mati dari makhluk-Ku adalah iblis"
Yakni iblis itu derhaka kepada-Ku, maka dia mati dengan kemaksiatan. Zaman ini adalah zaman akhir, telah nyata pasar nifaq dan pasar dusta. Janganlah kamu duduk bersama-sama orang yang munafik yang dusta lagi pembohong.
Bertaubatlah dari dosa-dosamu dan bersegeralah kepada Allah swt tuhanmu yang Maha Mulia dan Maha Besar. Apabila kamu bertaubat maka hendaklah lahir dan batinmu itu bertaubat pula. Taubat adalah membalik perlakuan. Lepaskanlah pakaian maksiat dengan taubat yang murni. Malu kepada Allah adalah hakikat (kenyataan yang sebenarnya) bukan kiasan.
Setiap kali ingat Tuhannya maka jelaslah jalannya dan terbukalah (hilanglah) keraguan daripadanya. Hati orang yang menuntut (mencari) Allah adalah menempuh jarak dan meninggalkan segala sesuatu di belakangnya.
Apabila ia merasa takut pada sebahagian jalan dari kehancuran maka tampaklah keimanannya, lalu keimanan itu memberanikannya maka padamlah api kegelisahan dan ketakutan. Dan datanglah gantinya cahaya kesenangan dengan dekat kepada Allah.
Apabila kamu ada di dalam keadaan ini maka kamu berada dalam kehidupan yang segera. Takut terhadap neraka itu memutus hati orang-orang mukmin, memucatkan muka mereka dan menyusahkan hati mereka.
Apabila hal ini menetap di hati mereka maka Allah menumpahkan air rahmat-Nya dan belas kasih-Nya pada hati mereka. Dan Dia bukakan bagi hati mereka pintu-pintu akhirat lalu mereka melihat keamanannya.
Apabila mereka telah menetap, tenang dan senang sedikit maka Dia bukakan pintu keagungan lalu Dia sibukkan hati dan rahsia mereka sedang ketakutan mereka lebih banyak daripada yang pertama.
Apabila hal ini telah sempurna bagi mereka maka Dia bukakan pintu keindahan bagi mereka maka mereka tinggal (menetap) tenang, jaga dan menempati beberapa darjat iaitu tingkatan yang diperoleh sedikit demi sedikit.
wassallam

Tidak ada komentar:
Posting Komentar
kami akan menghapus komentar yang berkata kasar, melanggar sara,pornografi,dll